Tuesday, March 15, 2011

SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 5

SIRI 5: TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tombol pintu dipulas lemah. Daun pintu dikuak. Aisyah agak kelaparan. Nasi ayam dari masjid tadi belum sempat dijamahnya. Kelihatan Wardah sedang enak lena dalam tidur petangnya. Habis kelas Arab tadi dia tidak terus pulang. Dia pergi menjenguk kawan lamanya, Carrie Brown di dalam pejabat di Jabatan Timur Tengah yang juga di bangunan Marshall. Wanita berbangsa Amerika itu sudah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki. Sekarang Carrie sendiri sudah dapat kerja tetap di jabatan itu yang mana dia pernah menjadi pelajar Sarjana di situ suatu masa dulu dalam bidang Near Eastern Studies. Aisyah sebenarnya kagum dengan Carrie, walaupun dia adalah seorang warga Amerika, tetapi semangatnya untuk membela rakyat di negara-negara Islam sentiasa membara. Banyak program-program kesedaran akan kedamaian seluruh dunia yang dianjurkan. Jauh di sudut hati Aisyah, dia berharap suatu hari nanti Carrie akan menemui Nur Ilahi.

Pernah sekali dulu Aisyah membantu Carrie menjayakan program Light of ‘Eid anjuran jabatan itu. Program itu diadakan di Tucson Children Museum di pusat bandar. Aisyah diminta mengajar kanak-kanak cara-cara untuk bermain kompang. Alhamdulillah, kemahiran lama Aisyah tidak pudar walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan bidang itu. Aisyah yang pernah mewakili sekolahnya dalam pasukan nasyid itu, masih tidak kekok mengajar anak-anak comel itu.

Tiba-tiba peristiwa lewat pagi tadi menjengah.

Are you a Muslim”, Aisyah tanpa segan silu bertanya begitu memandangkan dia memberi salam kepadanya.

Do I look like one?” Adam membalas dengan nada sinis.

Aghh..geram pula aku rasa. Kalau tradisi orang Amerika yang sebenar, mereka akan terus memberitahu jawapan tanpa perlu berteka teki begitu.


Oh, OK. Sorry, I got to go. See you next week!” Aisyah dengan cepat mematikan perbualan sambil melangkah laju menuruni tangga ke bawah tanpa menoleh kebelakang.. Kelas itu adalah kelas dua jam setiap hari Isnin dan Rabu, oleh sebab itulah mereka tiada kelas pada hari Jumaat.

Lega.

Tetapi, kalau tidak silap pandangan mata sekali lalu tadi, rasanya itu memang Adam Wong, sedang duduk di depan dapur masjid bersama dengan muslimin yang lain menikmati hidangan tengah hari. Dan mata itulah yang memerhatikannya tadi.

Mungkinkah dia Islam?

Namanya mungkin nama Islam, atau nama orang putih.

Yang pasti, muka campuran.

Ah, sukar untuk aku membuat tafsiran sebegini!

Tapi kenapa hati ini meronta-ronta untuk mengetahui mengenainya lebih lanjut lagi?

Mengapa?

Astaghfirullah. Itu bukan urusanku.

“Aisyah, dah pukul berapa ni ek?” Tiba-tiba Wardah bertanya dengan suara yang masih lagi separuh sedar, sekaligus menenggelamkan Aisyah dalam soalan-soalan tadi.

“Dah pukul 3.45 petang. Dah asar ni.” Aisyah menjawab sambil kakinya menyarung selipar getah biru putihnya untuk ke bilik air mengambil wuduk. Rasa lapar sudah hilang. Biasanya, kalau kelaparan, dia akan makan terlebih dahulu jika masih ada masa yang panjang untuk menunaikan solat agar rasa lapar tidak menganggu solatnya.

Usai solat Asar, dia perlahan-lahan berbaring di atas katil. Membetulkan tulang belakangnya. Kepenatan. Kelas bermula sejak 8 pagi lagi sehingga 3 petang. Hanya ada rehat selama satu jam untuk Solat Zuhur tadi.

Alhamdulillah tak kerja harini.

Kalau tak,lagi terjelepuk ni.

Eh, nasi tak makan lagi.

Teringatkan nasi Afghanistan makcik Deeba, dia terus terasa lapar. Lalu dia bingkas bangun mendapatkan nasi ayamnya tadi. Wardah pula baru selesai solat Asar.

“Saya sepatutnya ada kelas pukul 3 hingga 4 harini.”

“La, pastu kenapa ada kat rumah tadi?”

“Masa gi ambil silibus hari isnin lepas, penolong pensyarah kata, kami tidak akan ada kelas sehingga hari Jumaat, sebab pensyarah masih lagi di luar bandar ini. Mujur la juga.”

“Bestlah macam tu kan. Eh tadi saya ada jumpa seorang budak Master ni, GTA (Graduate Teaching Assistant) kelas yang saya jadi preceptor tu.

“Oo..” Wardah seperti biasa, memberi respon pendek. Tetapi nadanya mengharapkan penjelasan lanjut.

“Muka dia macam Cina campuran. Wallahu a’lam.”

“Hihi.Aisyah kan suka orang muka cina-cina ni, kan?” Wardah mula bergurau.

“Aduh! Masakan saya suka sama dia dong! Baru kenal namanya aja,” Aisyah berbicara dalam bahasa Indonesia, sambil diiringi tawanya sendiri dan diikuti Wardah.

Dengan tawanya yang masih lagi bersisa, dia mengeluarkan nasi ayam Afghanistan tadi. Pinggan putih berbunga matahari besar kegemarannya dicapai dari rak kecil putih sebelah mejanya.

“Jom makan!”

“Dah makan tuna sandwich Subway tadi. Tu yang best tidur tu. Eh pastu, apa lagi yang terjadi tadi?” Wardah mula menunjukkan minatnya.

“Amboi, dia pulak yang lebih.” Derai tawa berlaga.

“Lepas tu saya ternampak dia dekat masjid”

“Haa? Dia Islam?”


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
[Al-Maaidah:35]

No comments:

Related Posts with Thumbnails